Monday, December 13, 2010

satu hari satu cerita

assalamualaikum....
alhamdulillah akirnya sy telah menemukan cara yang boley membuatkan saya aktif kan jari jemari ini utk menaip utk anda stiap hari InsyaAllah..
bercerita sedikit tentang buku ini yang ditulis oleh A.K. Alang Jaafar.
tujuan saya menaip di blog ini adalah untuk tujuan BERKONGSI ILMU SEMATA2 dan bukan untuk mengeksploitasi mana2 pihak..diharap rakan2 terhibur. InsyaAllah

KATA PENGANTAR
بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam berbagai keadaan, manusia memerlukan pendingin otak agar tidak terus tegang ketika terlalu serius. Di antara alat pendingin yang paling muarah ialah sesuatu yang dapt manggelikan hati atau LUCU.Para pemidato selalu menyelitkan cerita lucu untuk membuat pendengar lebih tertarik pada pidatonya agar tidak mangantuk. Guru sering mngisahkan cerita menarik atau lucu untuk membuat murid2 agar tidak bosan.

buku 1001 senyum ini mengandungi kisah-kisah terpilih yang diangkat dari berbagai buku rujukan yang muktabar. Sesuai dengan namanya , setiap kisah yang dimuatkan akan mendatangkan sedikat senyuman dari bibir pembacanya walaupun tidak lucu seratus peratus. Kami hanya memilih kisah2 yang terpilah shaja dan benar2 terjadi, dan berusaha mengelak dari cerita2 rekaan semata-mata.
Akhirnya hanya kepada Allah kita berserah diri dan hanya Dialah lebih mengetahui segala-galanya.

KISAH 1

MANAT DAN BANGKAI ANJING

Walaupun sudah hampir berusia 60 tahun, namun Amr bin Jamuh, salah seorang pemimpin Madina zaman Jahiliah masih tetap setia pada tuhan berhalanya. Sedangkan orang2 di sekitarnya termasuk isteri dan anak2nya telah masuk Islam di tangan Mus'ab bin Umair. Isteri Amr sangat kasihankan suaminya yang masih terbongkok2 di hadapan patung berhalanya. Dia khuatir suaminya itu akan mati dalam kekafiran. Sebaliknya Amr pula khuatirkan jika anak2nya terpengaruh pada ajaran Islam. Dia tidak tahu bahawa anak2nya sudah meninggalkan agama jahiliahnya.
Apabila mendengar bahawa ketiga2 anaknya telah memeluk Islam, dia gusar dan memanggil mereka.
"Cuba kamu ucapkan apa yang di dengar dari pendakwah Makkah itu!" kata Amr kepada anaknya, Mu'adz.
Mu'adz membacakan surah Al-Fatihah dengan bagus seperti yang diterimanya dari Mus'ab bin Umair.
"Bagus betul kata2 itu.Apakah semua kata2nya bagus begitu?"tanya Amr.
"Bahkan lebih bagus daripada itu. Adakah ayah bersedia untuk berbaiah kepadanya? Ketahuilah bahawa sudah ramai orang di bawah kepimpinan ayah telah masuk Islam." kata Mu'adz.

Orang tua itu berdiam dan berkata, " Aku tidak akan berbuat demikian sebelum berbincang dengan tuhan Manat,"

Maka jawablah si anak tadi," Ayah, Manat itu kan benda mati, bagaimana dia boleh menjawab?"

Kemudian Amr yang degil itu menengking anaknya dengan perasaan yang marah.

Seperti biasa, Amr bin Jamuh membawa minyak wangi yang bermutu tinggi untuk digosokan pada tuhannya.Setelah itu dia membongkokkan badannya menyembah berhala itu. Setelah iu berliau berkata, " Wahai Manat! Orang2 telah mempengaruhiku agar memeluk agama baru dan meninggalkan mu,tapi aku tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa berbincang denganmu.Berilah petunjuk ,wahai Manat." kata Amr kepada berhalanya.

Sudah tentulah berhala yang diperbuat oleh tangan manusia itu sendiri tidak boelh menjawab.Bahkan jika di parang atau dipukul sekali pon dia tidak akan membantah.Maka berkatalah lagi Amr, "Wahai Manat, kenapa engkau tidak menjawab ? Mungkin engkau marah padaku ya? Tak mengapalah, esok aku kan bertanya lagi."
Pada sebelah malamnya anak2 Amr yang telah memeluk Islam itu secara senyap dan tanpa pengetahuan sesiapa telah menghumbankan Manat ke kolam pembuangan najis Bani Salamah.
Pagi2 lagi Amr telah pergi ke tempat berhalanya.Tetapi dia amat terperanjat melihat berhalanya sudah hilang.
"Celak*! Celak*! Kemana tuhan kita?Siapa yang mencurinya? " teriak Amr.
Tidak seorang pon menjawab.Dia kemudian ke sana sini mencari dan akhirnya menjumpai di kolam najis itu dengan keaadaan tuhannya terbalik, kaki ke atas, dan kepala di bawah.
"Alamak! Kasihannya." kata Amr.
Maka dengan menahan bau busuk,dia menarik tuhannya lalu dimandikan, dan disapukan minyak wangi dan diletakkan ditempatnya semula.Amr berjanji kepada Tuhannya itu akan menghukum sesiapa sahaja yang membuat perkara sebegitu.
Pada malamnya, anak2 Amr beraksi lagi.Seperti semalam, mereka menghumbankan berhala itu ke kolam najis lagi. Dan sebelah paginya pula, Amr melihat keadaan tuhannya sepeti semalam.Di dalam kolam najis. Diapun berlari dan melakukan seperti semalam. Memandikan, dan menyapukan minyak wnagi pada tuhannya.Lalu disembah dan dimintanya maaf.

Pada malam ketiga, Amr pergi mendapatkan berhalanya dan ternyata tuhannya itu berada dalam keadaan yang sama iaitu di kolam najis pembuangan manusia.Kali ini Amr sudah hilang sabar.lalu sebilah pedang diambil dan digantung di leher berhalanya dan berkatalah,"Hai, Manat! Sehingga kini aku belum menemukan siapa yang menaniayai engkau.Oleh itu, kau ambilah pedang ini dan kau tebaslah kepalanya.!"
Kemudian seperti biasa, anak2 Amr melakukan perkara biasa. Tetapi kali ini berhala itu diikat bersma seekor bangkai anjing.Lalu dihumban di kolam najis seperti biasa.Pagi esoknya Amr telah mendapatkan tuhannya tetapi keadaannya sama seperti semalam.Di dalam kolam najis.Bahkan pedang yang digantung itu masih di situ.
Amr pergi mendapatkan berhalanya dan dia lihat ada seekor bangkai anjing yang diikat bersama tuhannya.Bau busuknya bukan alang kepalang. Lalu oranag2 di situ berkata, " Sudah lah Amr. Tidak perlulah engkau peliharanya lagi.Biarkan ianya di situ,"
"Kalau engkau tuhan, sudah tentu engkau tidak akan masuk ke kolam najis ini nbersama2 bangkai anjing yang busuk ini," kata Amr tuba2. "Cis! Engkau bukan tuhan!Sekarang aku yang hina engkau!Tempatmu betul2 hina dan jijik."
Pulanglah Amr bin Jamuh menemui anak2 dan isterinya dan menyatakan niatnya untuk memeluk Islam.Sementara Manat yang disembah2nya dan diagung2kan itu terbiar dan kekal di dalam kolam najis yang busuk itu bersama2 bangkai anjing.

SEKIAN UNTUK KALI INI
bersambung....

No comments:

Post a Comment