Saturday, December 18, 2010

KISAH 5

HIKMAH PENCIPTAAN LALAT

Orang memandang bahawa lalat hanya datang untuk mengganggu keteteraman mereka, tapi di sebalik itu ada juga hikmahnya.Diceritakan bahawa suatu hari ketika Klaifah Al-Mansur sedang sibuk menyiapkan kerjanya, datang seekor lalat lalu hinggap dimukanya.Dengan cepat Al-Mansur mengahalaunya,lalat itupun terbang. Sebentar kemudian lalat itu datang lagi dan Al-Mansur segera menepisnya.Begitulah seterusnya lalat itu berkali2 hinggap di mukanya.Dan berkali2 juga Al-Mansur menepisnya.Sehingga Al-Mansur merasa kesal kerana kerja2nya terganggu oleh seekor lalat yang tidak punya apa2 erti.Dia berfikiran, "Kalau macam ni,lalat itu betul2 merosak,tak ada gunanya lansung."

Kemudian Al-Mansur bertanya kepada Jakfar Shadiq, "Wahai Abu Abdullah!Untuk apa Allah menciptakan lalat?"

"Agar dengan lalat itu, Allah dapat menunjukkan kehinaan orang2 yang sombong dan membanggakan diri." jawab Jakfar Shadiq.

Mendengar jawapan itu, Al-Mansur diam.Dengan jawapan itu Al-Mansur sedar bahawa walaupun dirinya seorang ketua negara yang disanjung dan dijunjung oleh rakyat, ternyata tidak ada ertinya bagi seekor lalat.

P/S: so jgn pndang hina pada lalat..hahaha

Thursday, December 16, 2010

KISAH 4

SAGU HATI BAGI YANG TERKENTUT

Masih soal kentut dan orang2 soleh bijaksana.Suatu hari seorang tuan guru dan beberapa muridnya sedang menghadiri majlis kenduri, tiba-tiba salah seorang dari murid itu terkentut.Teman2nya agak kecewa dan merasa agak malu akan kejdian itu.Tiba2 tuan guru berkata,"Dahulu, ada seorang kakitangan penjajah Belanda yang baik hati.Jika kebetulan mendengar orang terkentut,dia mengeluarkan sedikit wang untuk yang berkentut tadi."

"Mengapa demikian?" tanya seorang murid.

"Dia merasa berterima kasih.Sebab kalau kentut orang itu ditahan,boleh menyebabkan penyakit perut.Akibatnya Belanda kena menanggung kos hospital yang tingggi.

Dengan cara ini, guru tadi telah mengalihkan perhatian murid2 yang menganggap rakannya tidak sopan, dan yang terkentut tadi tidak merasa malu lagi.

Wednesday, December 15, 2010

KISAH 3

SAMA - SAMA TERKENA SINDIRAN

Pada suatu hari di istana Muawiyah ada perhimpunan yang dihadiri oleh beberapa orang yang penting.Aqil, termasuk juga salah seorang yang dikehendaki hadir. Ketika Aqil datang,Muawiyah menyambutnya dengan mesra, serta diperkenalkan dengan tetamu yang lain tetapi dalam niat untuk merendah2kannya.
"Tuan-tuan,saya perkenalkan, saudara yang baru datang ini namanya Aqil.Dia adalah anak saudara kepada Abu Lahab.Tentunya tuan-tuan mengenali siapa Abu Lahab yang namanya dirakamkan oleh Allah dalam surah Al-Lahab,yakni 'tabbat yadaa abi lahab'(rugilah kedua-dua tangan Abu Lahab)." bicara Muawiyah.

Aqil yang merasa tersinggung tidak pendek akal teringat Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab yang mane juga adalah isteri kepada Abu Lahab, adalah ibu saudara kepada Muawiyah.

Aqil berkata,"Saya ucapkan terima kasih pada Muawiyah yang telah perkenalkan saya dan bapa saudara saya.Perlu kalian tahu juga,yang dimaksudkan 'wamratuuhu hammatal hatab'(dan perempuannya membawa kayu api)' di dalam surah Al-Lahab itu adalah isteri bapa saudara saya Abu Lahab.Dia adalah Ummu Jamil,iaitu ibu saudara Muawiyah juga."

Mendengar itu, tetamu ketawa terkekeh.Muawiyah ikut tertawa tetapi wajahnya agak merah kerana merasa terkena juga.

Kemudian Aqil menyambung lagi." Wahai Muawiyah,jika sekiranya kamu melawat neraka kelak,saya pesankan agar engkau lewat jalan sebelah kiri.Di sana kamu akan melihat bapa saudaraku berbaring-baring bersama ibu saudaramu."

Sekali lagi para tetamu tertawa geli hati oleh kelakar Aqil.

Tuesday, December 14, 2010

KISAH 2

MELEMPAR MUKA KHALIFAH

Setiap kali Muawiyah bin Abu Sufyan yang menjadi khalifah pertama Daulat Bani Umaiyah menunaikan ibadah haji,beliau sentiasa membawa hadiah yang banyak untuk diagihkan kepada penduduk Madinah dan Makkah.Perkara ini adalah untuk meminta simpati atas pemerintahan mereka.Dengan nama lain, ianya hanya sebagai umpan.

Di Madinah, pekerja2 nya sibuk membahagi2kan hadiah. Salah seorang penduduk yang menerimanya adalah seorang sahabat Ansar yang terlibat dalam peperangan Badar.
"Apakah khalifahmu tiada orang lain untuk diberikan hadiah selainku?"tanya sahabat Ansar kepada pekerja Muawiyah.
Si utusan bimbang kerana baru kali ini ada orang yang menolak pemberian Khalifah.
"Ambil hadiah itu dan kembalikan kepada Muawiyah!" sambung sahabat Ansar itu.
"Maaf tuan, saya tidak berani. Silap2 saya yang akan dibelasahnya nanti," kata utusan Muawiyah tadi.

Kerana utusan tidak mahu melakukannya, maka sahabat Ansar tadi memanggil anaknya.
"Pulangkan hadiah itu kepada Muawiyah dan lemparkan ke mukanya," kata sahabat itu kepada anaknya.
Maka anaknya pergi menunaikan perintah ayahnya dan membawa kembali hadiah itu kepada Muawiyah.
" Aku disuruh ayahku untuk mengembalikan hadiah ini kepadamu."
Muawiyah jadi gugup kerana dia telah agak penduduk Madinah tidak mahu menerima pemberiannya kerana menolak pemerintahannya.
"Siapa yang menghantarkan itu kepada ayahmu?"
"Si fulan." jawab si anak tadi."
"Dia silap, hadiah itu sebenarnya untuk si Anu. Hadiah untuk ayahmu ada di dalam." kata Muawiyah menutup malu.
Lalu dia menyuruh khadamnya mengambil beberapa puluh ribu darham dan bungkusan istgimewa.Dia ingin mempengaruhi anak Ansar tadi dengan wang yang banyak untuk diterimanya.
"Nah,inilah hadiah untuk ayahmu."

Akan tetapi, anak Ansar tadi bukanlah orang yang senang dipengaruhi dengan wang.Oleh itu dia tetap tidak mahu menerimanya.

"Wahai khalifah Muawiyah, ayahku tidak mungkin mahu menerima hadiahmu, bahkan aku diberi amanah yang mesti aku lakukan,"
"Amanah apakah itu?" tanya Muawiyah.
"Aku disuruh mengembalikan hadiah ini dan melemparkannya kemuka mu!" kata anak itu dengan tegas.
"Kalau begitu, taatilah perintah ayahmu itu dan belas kasihanilah saya ini." kata Muawiyah.

Sia anak faham bahawa Muawiyah membenarkan agar mukanya dilempar asal dengan perlahan2.Maka anak sahabat Ansar itu tadi melemparkan bungkusan yang ada ditangannya ke muka Muawiyah, kemudian pulang dan menceritakan kepada ayahnya bahawa pesannya sudah dijalankan.Orang yang hadir di situ tentu sahaja menahan ketawa kecil melihat khalifahnya diperlakukan seperti anak kecil.


Monday, December 13, 2010

satu hari satu cerita

assalamualaikum....
alhamdulillah akirnya sy telah menemukan cara yang boley membuatkan saya aktif kan jari jemari ini utk menaip utk anda stiap hari InsyaAllah..
bercerita sedikit tentang buku ini yang ditulis oleh A.K. Alang Jaafar.
tujuan saya menaip di blog ini adalah untuk tujuan BERKONGSI ILMU SEMATA2 dan bukan untuk mengeksploitasi mana2 pihak..diharap rakan2 terhibur. InsyaAllah

KATA PENGANTAR
بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam berbagai keadaan, manusia memerlukan pendingin otak agar tidak terus tegang ketika terlalu serius. Di antara alat pendingin yang paling muarah ialah sesuatu yang dapt manggelikan hati atau LUCU.Para pemidato selalu menyelitkan cerita lucu untuk membuat pendengar lebih tertarik pada pidatonya agar tidak mangantuk. Guru sering mngisahkan cerita menarik atau lucu untuk membuat murid2 agar tidak bosan.

buku 1001 senyum ini mengandungi kisah-kisah terpilih yang diangkat dari berbagai buku rujukan yang muktabar. Sesuai dengan namanya , setiap kisah yang dimuatkan akan mendatangkan sedikat senyuman dari bibir pembacanya walaupun tidak lucu seratus peratus. Kami hanya memilih kisah2 yang terpilah shaja dan benar2 terjadi, dan berusaha mengelak dari cerita2 rekaan semata-mata.
Akhirnya hanya kepada Allah kita berserah diri dan hanya Dialah lebih mengetahui segala-galanya.

KISAH 1

MANAT DAN BANGKAI ANJING

Walaupun sudah hampir berusia 60 tahun, namun Amr bin Jamuh, salah seorang pemimpin Madina zaman Jahiliah masih tetap setia pada tuhan berhalanya. Sedangkan orang2 di sekitarnya termasuk isteri dan anak2nya telah masuk Islam di tangan Mus'ab bin Umair. Isteri Amr sangat kasihankan suaminya yang masih terbongkok2 di hadapan patung berhalanya. Dia khuatir suaminya itu akan mati dalam kekafiran. Sebaliknya Amr pula khuatirkan jika anak2nya terpengaruh pada ajaran Islam. Dia tidak tahu bahawa anak2nya sudah meninggalkan agama jahiliahnya.
Apabila mendengar bahawa ketiga2 anaknya telah memeluk Islam, dia gusar dan memanggil mereka.
"Cuba kamu ucapkan apa yang di dengar dari pendakwah Makkah itu!" kata Amr kepada anaknya, Mu'adz.
Mu'adz membacakan surah Al-Fatihah dengan bagus seperti yang diterimanya dari Mus'ab bin Umair.
"Bagus betul kata2 itu.Apakah semua kata2nya bagus begitu?"tanya Amr.
"Bahkan lebih bagus daripada itu. Adakah ayah bersedia untuk berbaiah kepadanya? Ketahuilah bahawa sudah ramai orang di bawah kepimpinan ayah telah masuk Islam." kata Mu'adz.

Orang tua itu berdiam dan berkata, " Aku tidak akan berbuat demikian sebelum berbincang dengan tuhan Manat,"

Maka jawablah si anak tadi," Ayah, Manat itu kan benda mati, bagaimana dia boleh menjawab?"

Kemudian Amr yang degil itu menengking anaknya dengan perasaan yang marah.

Seperti biasa, Amr bin Jamuh membawa minyak wangi yang bermutu tinggi untuk digosokan pada tuhannya.Setelah itu dia membongkokkan badannya menyembah berhala itu. Setelah iu berliau berkata, " Wahai Manat! Orang2 telah mempengaruhiku agar memeluk agama baru dan meninggalkan mu,tapi aku tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa berbincang denganmu.Berilah petunjuk ,wahai Manat." kata Amr kepada berhalanya.

Sudah tentulah berhala yang diperbuat oleh tangan manusia itu sendiri tidak boelh menjawab.Bahkan jika di parang atau dipukul sekali pon dia tidak akan membantah.Maka berkatalah lagi Amr, "Wahai Manat, kenapa engkau tidak menjawab ? Mungkin engkau marah padaku ya? Tak mengapalah, esok aku kan bertanya lagi."
Pada sebelah malamnya anak2 Amr yang telah memeluk Islam itu secara senyap dan tanpa pengetahuan sesiapa telah menghumbankan Manat ke kolam pembuangan najis Bani Salamah.
Pagi2 lagi Amr telah pergi ke tempat berhalanya.Tetapi dia amat terperanjat melihat berhalanya sudah hilang.
"Celak*! Celak*! Kemana tuhan kita?Siapa yang mencurinya? " teriak Amr.
Tidak seorang pon menjawab.Dia kemudian ke sana sini mencari dan akhirnya menjumpai di kolam najis itu dengan keaadaan tuhannya terbalik, kaki ke atas, dan kepala di bawah.
"Alamak! Kasihannya." kata Amr.
Maka dengan menahan bau busuk,dia menarik tuhannya lalu dimandikan, dan disapukan minyak wangi dan diletakkan ditempatnya semula.Amr berjanji kepada Tuhannya itu akan menghukum sesiapa sahaja yang membuat perkara sebegitu.
Pada malamnya, anak2 Amr beraksi lagi.Seperti semalam, mereka menghumbankan berhala itu ke kolam najis lagi. Dan sebelah paginya pula, Amr melihat keadaan tuhannya sepeti semalam.Di dalam kolam najis. Diapun berlari dan melakukan seperti semalam. Memandikan, dan menyapukan minyak wnagi pada tuhannya.Lalu disembah dan dimintanya maaf.

Pada malam ketiga, Amr pergi mendapatkan berhalanya dan ternyata tuhannya itu berada dalam keadaan yang sama iaitu di kolam najis pembuangan manusia.Kali ini Amr sudah hilang sabar.lalu sebilah pedang diambil dan digantung di leher berhalanya dan berkatalah,"Hai, Manat! Sehingga kini aku belum menemukan siapa yang menaniayai engkau.Oleh itu, kau ambilah pedang ini dan kau tebaslah kepalanya.!"
Kemudian seperti biasa, anak2 Amr melakukan perkara biasa. Tetapi kali ini berhala itu diikat bersma seekor bangkai anjing.Lalu dihumban di kolam najis seperti biasa.Pagi esoknya Amr telah mendapatkan tuhannya tetapi keadaannya sama seperti semalam.Di dalam kolam najis.Bahkan pedang yang digantung itu masih di situ.
Amr pergi mendapatkan berhalanya dan dia lihat ada seekor bangkai anjing yang diikat bersama tuhannya.Bau busuknya bukan alang kepalang. Lalu oranag2 di situ berkata, " Sudah lah Amr. Tidak perlulah engkau peliharanya lagi.Biarkan ianya di situ,"
"Kalau engkau tuhan, sudah tentu engkau tidak akan masuk ke kolam najis ini nbersama2 bangkai anjing yang busuk ini," kata Amr tuba2. "Cis! Engkau bukan tuhan!Sekarang aku yang hina engkau!Tempatmu betul2 hina dan jijik."
Pulanglah Amr bin Jamuh menemui anak2 dan isterinya dan menyatakan niatnya untuk memeluk Islam.Sementara Manat yang disembah2nya dan diagung2kan itu terbiar dan kekal di dalam kolam najis yang busuk itu bersama2 bangkai anjing.

SEKIAN UNTUK KALI INI
bersambung....