Tuesday, December 14, 2010

KISAH 2

MELEMPAR MUKA KHALIFAH

Setiap kali Muawiyah bin Abu Sufyan yang menjadi khalifah pertama Daulat Bani Umaiyah menunaikan ibadah haji,beliau sentiasa membawa hadiah yang banyak untuk diagihkan kepada penduduk Madinah dan Makkah.Perkara ini adalah untuk meminta simpati atas pemerintahan mereka.Dengan nama lain, ianya hanya sebagai umpan.

Di Madinah, pekerja2 nya sibuk membahagi2kan hadiah. Salah seorang penduduk yang menerimanya adalah seorang sahabat Ansar yang terlibat dalam peperangan Badar.
"Apakah khalifahmu tiada orang lain untuk diberikan hadiah selainku?"tanya sahabat Ansar kepada pekerja Muawiyah.
Si utusan bimbang kerana baru kali ini ada orang yang menolak pemberian Khalifah.
"Ambil hadiah itu dan kembalikan kepada Muawiyah!" sambung sahabat Ansar itu.
"Maaf tuan, saya tidak berani. Silap2 saya yang akan dibelasahnya nanti," kata utusan Muawiyah tadi.

Kerana utusan tidak mahu melakukannya, maka sahabat Ansar tadi memanggil anaknya.
"Pulangkan hadiah itu kepada Muawiyah dan lemparkan ke mukanya," kata sahabat itu kepada anaknya.
Maka anaknya pergi menunaikan perintah ayahnya dan membawa kembali hadiah itu kepada Muawiyah.
" Aku disuruh ayahku untuk mengembalikan hadiah ini kepadamu."
Muawiyah jadi gugup kerana dia telah agak penduduk Madinah tidak mahu menerima pemberiannya kerana menolak pemerintahannya.
"Siapa yang menghantarkan itu kepada ayahmu?"
"Si fulan." jawab si anak tadi."
"Dia silap, hadiah itu sebenarnya untuk si Anu. Hadiah untuk ayahmu ada di dalam." kata Muawiyah menutup malu.
Lalu dia menyuruh khadamnya mengambil beberapa puluh ribu darham dan bungkusan istgimewa.Dia ingin mempengaruhi anak Ansar tadi dengan wang yang banyak untuk diterimanya.
"Nah,inilah hadiah untuk ayahmu."

Akan tetapi, anak Ansar tadi bukanlah orang yang senang dipengaruhi dengan wang.Oleh itu dia tetap tidak mahu menerimanya.

"Wahai khalifah Muawiyah, ayahku tidak mungkin mahu menerima hadiahmu, bahkan aku diberi amanah yang mesti aku lakukan,"
"Amanah apakah itu?" tanya Muawiyah.
"Aku disuruh mengembalikan hadiah ini dan melemparkannya kemuka mu!" kata anak itu dengan tegas.
"Kalau begitu, taatilah perintah ayahmu itu dan belas kasihanilah saya ini." kata Muawiyah.

Sia anak faham bahawa Muawiyah membenarkan agar mukanya dilempar asal dengan perlahan2.Maka anak sahabat Ansar itu tadi melemparkan bungkusan yang ada ditangannya ke muka Muawiyah, kemudian pulang dan menceritakan kepada ayahnya bahawa pesannya sudah dijalankan.Orang yang hadir di situ tentu sahaja menahan ketawa kecil melihat khalifahnya diperlakukan seperti anak kecil.


No comments:

Post a Comment