Saturday, December 18, 2010

KISAH 5

HIKMAH PENCIPTAAN LALAT

Orang memandang bahawa lalat hanya datang untuk mengganggu keteteraman mereka, tapi di sebalik itu ada juga hikmahnya.Diceritakan bahawa suatu hari ketika Klaifah Al-Mansur sedang sibuk menyiapkan kerjanya, datang seekor lalat lalu hinggap dimukanya.Dengan cepat Al-Mansur mengahalaunya,lalat itupun terbang. Sebentar kemudian lalat itu datang lagi dan Al-Mansur segera menepisnya.Begitulah seterusnya lalat itu berkali2 hinggap di mukanya.Dan berkali2 juga Al-Mansur menepisnya.Sehingga Al-Mansur merasa kesal kerana kerja2nya terganggu oleh seekor lalat yang tidak punya apa2 erti.Dia berfikiran, "Kalau macam ni,lalat itu betul2 merosak,tak ada gunanya lansung."

Kemudian Al-Mansur bertanya kepada Jakfar Shadiq, "Wahai Abu Abdullah!Untuk apa Allah menciptakan lalat?"

"Agar dengan lalat itu, Allah dapat menunjukkan kehinaan orang2 yang sombong dan membanggakan diri." jawab Jakfar Shadiq.

Mendengar jawapan itu, Al-Mansur diam.Dengan jawapan itu Al-Mansur sedar bahawa walaupun dirinya seorang ketua negara yang disanjung dan dijunjung oleh rakyat, ternyata tidak ada ertinya bagi seekor lalat.

P/S: so jgn pndang hina pada lalat..hahaha

No comments:

Post a Comment